awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Draf Akta Liabiliti Korporat dirangka bagi tangani amalan korupsi sektor swasta

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
10/08/2015
15:47 MYT
Draf Akta Liabiliti Korporat dirangka bagi tangani amalan korupsi sektor swasta
Paul Low berkata, kemahuan untuk berubah juga diperlukan dalam menjayakan penguatkuasaan akta ini. - Gambar Fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan menggesa satu akta baru dirangka bagi menangani amalan korupsi membabitkan sektor swasta.
Bagi tujuan itu, beliau berkata kerajaan dalam proses membuat draf Akta Liabiliti Korporat dan ia diharapkan dapat menghalang amalan rasuah di kalangan syarikat swasta.
"Ia diamalkan di negara Eropah dan Amerika Syarikat tetapi di sini kita tidak menghukum syarikat. Masyarakat umum mengetahui apabila seorang pekerja memberi rasuah," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Astro Awani Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.
Paul Low juga berkata, kemahuan untuk berubah juga diperlukan dalam menjayakan penguatkuasaan akta ini.
Bagaimanapun, perubahan memerlukan masa dan beliau meminta rakyat supaya memberi peluang bagi kerajaan untuk melaksanakan perubahan tersebut.
Topic Berkaitan
#Akta Liabiliti Korporat
#Korupsi
#Paul Low
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan