awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DS Vida luah hasrat bawa mangsa kebakaran pusat tahfiz tunaikan umrah

Bernama
Bernama
21/09/2017
23:37 MYT
DS Vida luah hasrat bawa mangsa kebakaran pusat tahfiz tunaikan umrah
Datuk Seri Vida (kanan) ketika sidang media mengenai kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah malam tadi. - Foto Bernama
Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar terbabit.
"Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terlibat dalam kebakaran.
Hanya mereka yang pernah terlibat dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu," katanya pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu di sini malam ini bersempena sambutan Awal Muharram 1439H pada Khamis.
Beliau berkata lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah bersama mereka.
Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma kanak-kanak terbabit.
Khamis lepas, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran 5.15 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#kebakaran
#mangsa kebakaran
#pelajar
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#tahfiz
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan