awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota bomba cedera ketika padam kebakaran kilang perabot

Bernama
Bernama
03/05/2023
09:53 MYT
Dua anggota bomba cedera ketika padam kebakaran kilang perabot
Kebakaran kilang berkenaan berjaya dikawal pada 12.19 tengah hari dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Dua anggota bomba cedera ketika sedang bertugas memadam kebakaran di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Mohamad Fazzil Mohamad Yusof berkata mangsa terlibat ialah Arif Aqmal Zulkiflee, 22, anggota bantuan dari BBP Melaka Tengah yang mengalami kecederaan pada bahagian rusuk sebelah kanan dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari tadi.
"Anggota terlibat dilaporkan tergelincir dan tertusuk kaca ketika sedang melakukan kerja-kerja memadam kebakaran di kilang berkenaan dan mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
"Seorang lagi anggota iaitu Mohd Ariffin Razid berusia 24 tahun dari BBP Tangga Batu pula melecur pada bahagian tengkuk akibat terkena lelehan air panas dan mangsa juga diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kebakaran kilang perabot berkenaan kira-kira 11.20 pagi sebelum tiga jentera, dua lori tangki dan satu kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian secara berperingkat lima minit kemudian.
Katanya, operasi berkenaan melibatkan sebanyak 25 anggota dari BBP Tangga Batu, Melaka Tengah, Cheng dan Ayer Keroh dan sebaik tiba di lokasi kejadian, kilang papan berkeluasan 200 x 400 kaki persegi itu telah terbakar 45 peratus.
Mohamad Fazzil berkata kebakaran berkenaan berjaya dikawal pada 12.19 tengah hari dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota bomba cedera
#kedai perabot terbakar
#Bukit Rambai
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan