SHAH ALAM: Dua anggota polis cedera di tangan selepas ditetak seorang penagih dadah dalam satu kejadian di sebuah kediaman di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian pada 3.45 petang itu, Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi, 31, mengalami kecederaan parah pada pergelangan tangan kiri manakala Inspektor Mohd Zulhusni Hassani, 30, cedera di pergelangan tangan kanan.
Beliau berkata, kedua-dua anggota yang bertugas di Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu sudah menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
"Namun, Mohammad Ridzuan kemudian dirujuk ke Hospital Selayang bagi tujuan pembedahan tangannya dan kini dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan.
Mohd Iqbal berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bersama lima anggota lain membuat susulan berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan membabitkan seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang mengamuk.
Menurut beliau, suspek yang sedang mengamuk itu bertindak melanggar sebuah kereta sedan milik abangnya iaitu seorang pesara guru berusia 53 tahun dan bertidak menghempas pasu bunga pada kereta itu selain mengejar saudaranya dengan sebilah parang.
"Pasukan polis tiba di rumah tersebut dan mendapati suspek yang juga seorang penganggur enggan memberikan kerjasama. Suspek kemudiannya bertindak melibas parang ke arah Mohammad Ridzuan sehingga menyebabkan mangsa terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahan diri.
"Namun, tembakan itu terlepas ke udara akibat pergelutan dengan suspek yang terus menyerang menyebabkan mangsa cedera di pergelangan tangan kiri dengan tiga jari tidak dapat digerakkan," katanya.
Mohd Iqbal berkata, Mohd Zulhusni mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan ketika menahan suspek bersama anggota lain.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek tinggal berseorangan di rumah berkenaan dan abangnya tinggal bersebelahan manakala jian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine, amphetamine dan tetrahydro cannabinol hydrocarboxy lic acid (THC) serta mempunyai rekod lampau.
Suspek kini direman tiga hari sehingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Dua anggota polis cedera di tangan selepas ditetak seorang penagih dadah dalam satu kejadian di sebuah kediaman di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di Shah Alam, semalam. - Gambar hiasan
Kerani rugi RM109,540 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Lelaki warga AS mengaku salah miliki video lucah, pornografi kanak-kanak
Tertuduh, David Matthew Frahm, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
[TERKINI] Majlis Perasmian Persidangan DSA & Natsec 2024
Majlis Pembukaan Pameran Dan Persidangan DSA & Natsec Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
Dua anggota polis cedera ditetak penagih
Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi parah pada pergelangan tangan kiri manakala Inspektor Mohd Zulhusni Hassani cedera di tangan kanan.
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah
Kedua-dua tertuduh didakwa terima wang suapan sebagai dorongan untuk mereka tidak mengeluarkan saman terhadap lori-lori.
Rasuah: Dua anggota polis dipenjara 36 bulan, denda RM25,000
Dua anggota polis dihukum penjara 36 bulan, denda RM25,000 selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000.
Dua anggota polis disyaki lakukan peras ugut direman
Dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal direman selama sehari bagi membantu siasatan kes peras ugut seorang pemandu lori.