awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota polis terlibat pemerasan dilepas dengan jaminan polis

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
11/02/2024
03:45 MYT
Dua anggota polis terlibat pemerasan dilepas dengan jaminan polis
Kumar berkata kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 37 dari Bahagian Narkotik IPD Seri Alam itu tidak disambung reman. - Foto Facebook/Polis Johor
JOHOR BAHRU: Dua anggota polis yang ditahan semalam berkaitan kes pemerasan wang tunai berjumlah RM35,000, telah dilepaskan dengan jaminan polis, hari ini.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 37 dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Seri Alam itu tidak disambung reman.
"Kedua-dua tidak disambung reman dan akan diberi jamin polis sementara melengkapkan siasatan.
"Kes berkenaan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan dilengkapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, dua lagi anggota polis ditahan sebelum direman dua hari bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000.
Sebelum itu, Kumar memaklumkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tujuh anggota lain yang direman sejak Rabu lalu sudah dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.
Kumar dilaporkan berkata kesemua lapan individu berusia 20 hingga 50 tahun itu direman empat hari untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#kes pemerasan wang tunai
#M Kumar
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan