awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bas ekspres, lori kemalangan di lebuh raya PLUS

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2025
00:30 MYT
Dua bas ekspres, lori kemalangan di lebuh raya PLUS
Keadaan salah sebuah bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 51.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pada awal pagi Sabtu. - Foto Sinar Harian
KLUANG: Seorang pemandu bas ekspres dan tiga penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM), 51.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan di sini, pada awal pagi Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, nahas dipercayai berlaku pada jam 4.30 pagi membabitkan dua bas ekspres yang masing-masing membawa lapan dan 29 penumpang dengan sebuah lori rigid.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kesemua kenderaan terbabit berada di lorong kiri dan bergerak dari arah utara ke selatan.
"Bagaimanapun, semasa tiba di tempat kejadian, bas ekspres pertama yang dipandu lelaki berusia 42 tahun dengan lapan penumpang telah hilang kawalan dan melanggar belakang lori yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun.
"Keadaan ini menyebabkan lori terbabit bergerak ke hadapan dan melanggar pula bahagian belakang bas ekspres kedua dengan 29 penumpang dan dipandu lelaki berusia 42 tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, bas ekspres pertama turut terbabas ke lorong kanan jalan serta bergesel dengan penghadang tengah pembahagi jalan hingga menyebabkan pemandunya yang berusia 32 tahun patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai.
"Tiga lagi penumpang bas ekspres berkenaan yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, dagu dan kaki kanan turut dirawat di hospital sama.
"Pemandu lori serta pemandu dan penumpang bas ekspres kedua pula tidak mengalami kecederaan.
"Kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara-Selatan
#bas ekspres
#Lori
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami