PUTRAJAYA: Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung selepas panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dikenakan terhadap mereka, dengan hukuman penjara 40 tahun bagi kesalahan membunuh seorang mekanik Indonesia 18 tahun lepas.
Panel yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, membenarkan permohonan semakan oleh Ailias Yahya dan Saiful Azlan Shah Abdullah di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Mahkamah sebelum ini menolak permintaan timbalan pendakwa raya Tetralina Ahmed Fauzi untuk mengekalkan hukuman mati ke atas dua bekas anggota polis itu kerana kes mereka termasuk dalam kategori yang jarang sekali ditemukan.
Tetralina memberitahu mahkamah bahawa arwah Yusrizal Yusuf, 38, berada di bawah kawalan penuh kedua-dua lelaki itu pada setiap masa, sejak dia ditahan sehingga kematiannya.
Tetralina berkata Yusrizal ditembak "secara hukuman kejam" (execution style) apabila dia dibawa ke kawasan padang yang lapang di KM22, jalan Kuala Lumpur-Kuala Selangor-Batu Arang, digari dan disuruh melutut, sebelum Saiful Azlan melepaskan tiga das tembakan ke kepalanya dari jarak dekat, manakala Ailias berdiri di hadapan Yusrizal.
Peguam Muhammad Fadhli Sutris yang mewakili Ailias dan Saiful Azlan bagaimanapun menggesa mahkamah memberikan peluang kedua kepada anak guamnya itu, kerana Ailias menghidap penyakit kronik dan berkerusi roda manakala Saiful Azlan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) beberapa kali.
Beliau berkata Ailias yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sejak 1976 dan Saiful Azlan sejak 1982, telah menyesal dengan tindakan mereka dan memohon ihsan daripada mahkamah kerana mereka ingin bertemu dengan ahli keluarga.
Ailias, 70, bekas Koperal dan Saiful Azlan, 60, bekas Lans Koperal dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2011 kerana membunuh Yusrizal di Ladang Caledonia KM22 antara 10 malam dan 11.30 malam pada 13 Jan 2006.
Mengikut fakta kes, mekanik itu didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri seorang lelaki yang kemudiannya membuat laporan polis selepas mekanik itu mengugutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Mahkamah Rayuan kekal hukuman denda bekas anggota polis miliki pasport, IC individu lain
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman denda RM6,000 ke atas seorang bekas konstabel polis kerana memiliki pasport dan kad pengenalan milik beberapa individu.
Bekas anggota polis, isteri ditahan edar dadah RM1.13 juta di Pulau Pinang
Sebanyak 453 ketulan mampat daun-daun kering berbalut kertas keemasan seberat 451.87 kilogram bernilai RM1.13 juta dirampas.
Kematian George Floyd: 4 bekas anggota polis bakal didakwa atas tuduhan bunuh
Bekas anggota polis yang menekan lutut pada leher Floyd, Derek Chauvin, akan didakwa dengan tuduhan bunuh tahap kedua.
Bekas anggota polis dibuang kerja, masuk kongsi gelap jadi 'Abang Long Balang'
Mangsa telah diugut oleh 'Abang Long Balang' dirinya akan dicederakan sekiranya tidak membayar wang perlindungan setiap bulan.