Dua orang adik beradik rentung dalam kebakaran sebuah rumah setinggan berhampiran Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew tengah hari tadi.

Mereka dikenali sebagai Olivia Natasha Eddy, 3, dan Christina Christy, 4, yang mayat mereka ditemui berhampiran antara satu sama lain di dalam rumah itu.

Ketua Polis Bintulu, Supt Madang Usat berkata semasa kejadian kakak mereka dikatakan keluar mengambil abang mereka yang baru balik dari sekolah sementara ibu bapa mereka pergi bekerja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di-Hata Gobel berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.15 tengah hari dan mengambil masa lima minit mengawal kebakaran.

"Struktur rumah yang diperbuat daripada kayu menyebabkan ia ranap terbakar dalam masa yang cepat," katanya.