awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik didakwa membunuh

Sinar Harian
Sinar Harian
04/01/2024
05:08 MYT
Dua beradik didakwa membunuh
Kedua-dua tertuduh diiringi polis di mahkamah hari ini. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan membunuh seorang lelaki pada 27 Oktober 2023 lalu.
Tertuduh, P. Jagdeeshraj, 20 tahun, dan abangnya, P. Vasantharaj, 21 tahun, serta tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd Latif, 25 tahun.
Mereka didakwa melakukan perbuatan (bunuh), tersebut di tepi persimpangan Jalan Trus/Jalan Ungku Puan di sini, sekitar 1.08 pagi.
Jagdeeshraj dan Vasantharaj masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.
Bagaimanapun, tiada pengakuan yang direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Oleh itu, Jagdeeshraj dan Vasantharaj didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nevina Ravichandran manakala kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pencuci kereta dan pembantu kedai tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mac 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat.
Sementara itu, tiada jaminan dibenarkan untuk kedua-dua tertuduh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#dua beradik
#Johor Bahru
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan