awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik ditemui lemas di Sungai Balak

Bernama
Bernama
15/12/2016
11:00 MYT
Dua beradik ditemui lemas di Sungai Balak
Dua beradik berkenaan, Ahmad Basri Ahmad Tarmizi, 11, dan abangnya Muhammad Afizuddin Ahmad Tarmizi, 14, dipercayai terjatuh dari jambatan sungai berkenaan petang tadi. - Gambar fail
Dua beradik lelaki lemas ketika mandi di Sungai Balak, di Kampung Simpang Balak, Kajang, dekat sini petang tadi.
Mayat Muhammad Afizuddin Ahmad Tarmizi, 13, ditemui pasukan mencari dan menyelamat tersangkut dalam lumpur di dasar sungai pada pukul 5.42 petang, kira-kira 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.
Kira-kira setengah jam kemudian, mayat adiknya, Ahmad Basri, 11, ditemui pasukan itu.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa ke sungai berkenaan bersama dua lagi rakan berusia 12 dan 13 tahun bagi memancing ikan sebelum dua beradik itu turun ke tebing sungai untuk mandi pada kira-kira pukul 3 petang.
"Semasa mandi, abang mangsa dipercayai lemas dan cuba diselamatkan adiknya.
Namun kedua-dua mereka gagal untuk menyelamatkan diri sebelum tenggelam dibawa arus sungai," katanya ketika dihubungi Bernama.
Othman berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Afizuddin Ahmad Tarmizi
#ahmad basri
#Kajang
#lemas
#sungai balak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan