KUALA LUMPUR:Dua adik-beradik yang dipercayai hilang dari Rumah Bakti Darussalam, Gombak September lalu sudah ditemui dengan selamat.

Kanak-kanak yang dilaporkan hilang sebelum ini dikenali sebagai Fatimah Azzahrah Abdullah, 11, dan adiknya Adam Daniel Abdullah berusia sembilan tahun.

Susulan itu juga, Ketua Penolong Pengarah JSJ D11 dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di sini dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan agar penyebaran berita mengenai kehilangan mereka dihentikan.

Terdahulu, kedua-dua kanak-kanak itu disedari hilang sebelum kakitangan wanita di rumah kebajikan itu membuat laporan polis pada jam 10 malam pada 30 September lalu.

Memetik laporan media sebelum ini kanak-kanak itu disyaki melarikan diri kerana enggan berpindah ke rumah kebajikan lain.