KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tiga bulan, bermula 1 Januari lalu.
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja itu bagi tujuan seksual, di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan, City Centre di sini pada jam 8 malam, 1 hingga 10 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub mencadangkan lelaki itu diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, tidak mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kadar itu dikurangkan kerana perlu menanggung kakak.
“Saya mohon kurangkanlah jumlah jaminan itu, kerana perlu menanggung kakak, dia mengharapkan saya,” katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Kafli membenarkan Hamid Khan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu selepas pulang daripada solat Subuh di surau kawasan perumahan mereka di Taman Bernam Jaya.
Seorang daripadanya kemudian ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, pada malam, 11 Januari lepas.
Remaja itu mendakwa telah dikurung bersama adiknya di sebuah motel di Jalan Petaling oleh individu tidak dikenali, selain diperlakukan tidak baik, namun dipisahkan pada 9 Januari lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 19 2024
Hamid Khan (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, bagi menghadapi satu pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tiga bulan, bermula 1 Januari lalu. - Foto Sinar Harian
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.
Dua beradik hilang: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua beradik lelaki di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam.
Polis kesan dua beradik hilang sejak Isnin
Polis sedang mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi Isnin lepas.
Polis kesan dua beradik disyaki hilang
Polis sedang mengesan dua beradik yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari asrama secara sembunyi di sebuah sekolah di Senawang, awal pagi tadi.