awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut dirempuh ketika dalam perjalanan beli juadah berbuka puasa

Bernama
Bernama
29/05/2017
08:23 MYT
Dua beradik maut dirempuh ketika dalam perjalanan beli juadah berbuka puasa
Muhammad Husaini meninggal dunia kira-kira 3.20 pagi ini ketika sedang dirawat di Hospital Daerah Besut. - Gambar hiasan
Dua beradik terbunuh dalam perjalanan membeli juadah berbuka puasa apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Raja-Tembila kira-kira 7 malam semalam.
Mangsa, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kris itu ialah Muhammad Hafizuddin Che Mat, 21, penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan adiknya Muhammad Husaini, 17, pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila, Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kenderaan pacuan empat roda itu yang dipandu oleh Mohd Azra Ab Rahman, 36, dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Raja ke Tembila.
"Ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan itu tiba-tiba mengalami kerosakan hingga menyebabkan ia hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang ditunggang dua beradik tersebut.
Katanya, akibat rempuhan itu Muhammad Hafizuddin meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya Muhammad Husaini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun mangsa meninggal dunia kira-kira 3.20 pagi ini ketika sedang dirawat di hospital itu.
Mohd Zamri berkata kedua-dua beradik yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Tembila itu difahamkan tidak memakai topi keledar ketika kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besut
#dua beradik terbunuh
#Hospital Universiti Sains Malaysia
#kemalangan
#menunggang motosikal
#Mohd Zamri Mohd Rowi
#puasa
#Ramadan
#Tembila
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan