MALAYSIA
Dua beradik maut kereta tergelongsor masuk ke dalam sungai

Kedua-dua kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian penumpang hadapan. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Dua beradik ditemukan lemas manakala ibu dan bapanya terselamat selepas kereta yang berada dalam keadaan parkir tiba-tiba tergelongsor jatuh ke dalam Sungai Tanjung Agas, di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun ditemukan lemas selepas kereta yang diparkir tergelongsor ke dalam sungai ketika keluarga mereka berehat dan memancing; ibu bapa mereka terselamat.
- Kereta jenis Nissan Teana dipercayai mengalami masalah teknikal dan menjunam ke sungai walaupun enjin telah dimatikan; mangsa ditemukan tertiarap di ruangan penumpang hadapan.
- Operasi menyelamat dan membawa naik kenderaan dijalankan, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957 dan bedah siasat dijadualkan di Hospital Port Dickson.
"Ketika kejadian bapanya berada di luar kereta, mangsa yang berada di dalam kenderaan itu kemudian menjerit meminta tolong. Pada masa sama, orang ramai yang berada berdekatan membantu dan berjaya menyelamatkan ibunya.
"Bagaimanapun, dua anak mereka tenggelam bersama kenderaan terbabit, Pada jam 1.24 tengah hari kanak-kanak perempuan berjaya dinaikkan dan adik lelakinya dinaikkan pada 1.47 tengah hari. Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Maslan berkata kedua-dua kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian ruangan penumpang hadapan.
Beliau berkata kereta itu berkemungkinan mempunyai masalah teknikal menyebabkannya terus menjunam ke sungai walaupun enjin sudah dimatikan.
Maslan berkata operasi membawa naik kenderaan yang tenggelam dengan kedalaman empat meter dari dasar sungai itu telah dilakukan.
Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957 dan bedah siasat dilakukan di Hospital Port Dickson esok.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan bahawa terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Teana yang terjatuh ke dalam sungai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami