awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bot nelayan tempatan disyaki langgar syarat sah lesen ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
25/04/2021
23:32 MYT
Dua bot nelayan tempatan disyaki langgar syarat sah lesen ditahan
Maritim Malaysia Terengganu menahan dua bot nelayan tempatan Kelas C2 yang disyaki melanggar syarat sah lesen. -Foto Maritim Malaysia
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan dua bot nelayan tempatan kelas C2 yang disyaki melanggar syarat sah lesen.
Kedua-dua bot berkenaan dikesan pada kedudukan 35 dan 36 batu nautika di timur laut Kuala Terengganu pada Ahad.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, pihaknya turut menahan 13 nelayan asing termasuk tekong warga Vietnam.
Jelasnya, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati bot pertama yang dikendali empat nelayan asing itu bentuk fizikalnya menyerupai bot nelayan Vietnam.
Manakala bot kedua dengan nombor patil dikendalikan sembilan kru termasuk tekong.
Kesemua kru yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Muhammad Suffi berkata kedua-dua bot tersebut beserta kru ditahan dan diiring ke Jeti Maritim Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen, Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pengenalan diri yang sah.
Topic Berkaitan
#nelayan
#Maritim Malaysia
#bot nelayan
#kelas C2
#langgar syarat sah lesen
#Muhammad Suffi Mohd Ramli
#nelayan asing
#tekong warga Vietnam
#Jeti Maritim
#Akta Perikanan 1985
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan