awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera ditetak guna pedang samurai

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
03/06/2018
12:21 MYT
Dua cedera ditetak guna pedang samurai
HARIS berkata, salah seorang mangsa telah ditetak di kepala dipercayai menggunakan pedang samurai.
Dua sahabat cedera parah selepas dibelasah 10 lelaki termasuk menggunakan pedang samurai dalam kejadian di sebuah restoran berhampiran Penampang Baru, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3.10 pagi Ahad, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sedang makan bersama beberapa rakan yang lain sebelum didatangi oleh kumpulan lelaki tersebut.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Haris Ibrahim berkata, ketika kejadian, salah seorang rakan kepada dua mangsa yang dipukul mendedahkan mereka sedang makan lalu dihampiri kumpulan tersebut.
"Sewaktu pengadu sedang makan bersama rakannya (mangsa), mereka telah didatangi dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh lelaki yang dikenali pengadu.
"Pengadu terus beredar bagi mengelakkan dipukul manakala dua rakannya telah dipukul oleh kumpulan tersebut.
"Hasil siasatan mendapati pengadu tidak mengetahui punca pergaduhan berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mengulas lanjut, Haris berkata, menurut maklumat pengadu, ketua kumpulan tersebut bertengkar dengan salah seorang mangsa dan terus memukul kedua-dua mereka menggunakan kerusi plastik diikuti oleh suspek-suspek yang lain.
Jelasnya lagi, salah seorang mangsa telah ditetak di kepala dipercayai menggunakan pedang samurai.
"Menurut pengadu selepas mangsa dipukul, kesemua suspek melarikan diri dari tempat kejadian.
"Akibat dari kejadian itu, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital dan siasatan mendapati seorang mangsa mendapat luka dan lebam di bahagian muka manakala seorang mangsa lagi mendapat luka di bahagian muka dan kepala akibat ditetak menggunakan pedang samurai," katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, segala usaha untuk mengesan dan menahan kesemua suspek masih diteruskan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#ditetak
#gaduh
#Haris Ibrahim
#Ketua Polis Daerah Penampang
#pedang samurai
#Penampang
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan