awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera, nahas lori dan kereta di Lebuhraya PLUS

Aida Aziz
Aida Aziz
14/03/2023
05:46 MYT
Dua cedera, nahas lori dan kereta di Lebuhraya PLUS
Kemalangan di Km279.3 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Simpang Pulai pagi ini menyebabkan pemandu lori 1 tan dan pemandu kereta jenis Toyota Vios, cedera. - Foto JBPM Perak
SIMPANG PULAI: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori dan kereta di Kilometer (km) 279.3 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, hari ini.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan II Hazuraimi Iskandar Harun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.58 pagi.
Menurutnya, kemalangan tersebut menyebabkan seorang lelaki berusia 59 tahun, iaitu pemandu lori 1 tan dan wanita berusia 23 tahun, yang merupakan pemandu kereta jenis Toyota Vios, cedera.
"Setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai mendapati dua buah kenderaan terbabit dalam kemalangan.
"Pasukan bomba kemudiannya membuat kerja menyelamat menggunakan peralatan khas. Seterusnya mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun menggunakan ambulans," katanya kepada pemberita.
Operasi tersebut tamat pada jam 10.32 pagi.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan