awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu direman bantu siasatan kes rasuah lebih RM10 juta

Bernama
Bernama
07/09/2022
15:20 MYT
Dua individu direman bantu siasatan kes rasuah lebih RM10 juta
Kedua-dua individu berkenaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 9.30 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang pengurus kewangan dan ketua bahagian pemasaran sebuah syarikat direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes memberi rasuah berjumlah lebih RM10 juta.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman wanita dan lelaki berusia lingkungan awal 40-an itu di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
Menurut sumber SPRM, kedua-dua individu berkenaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 9.30 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan.
Sumber itu berkata suspek wanita yang merupakan pengurus kewangan dipercayai melakukan pembayaran rasuah untuk memudahkan urusan pengambilalihan kerja projek pembinaan sistem pengangkutan awam daripada sebuah syarikat lain kepada syarikat suspek bekerja.
Wanita terbabit yang bertanggungjawab melakukan pembayaran wang tersebut dipercayai melakukannya tanpa mematuhi prosedur kewangan dan perolehan syarikat.
Sumber SPRM itu berkata suspek lelaki pula yang merupakan ketua bahagian pemasaran syarikat sama disyaki membuat pembayaran kepada enam individu dan entiti berbeza yang disyaki palsu.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua individu tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Seksyen tersebut memperuntukan kesalahan dan penalti bagi kesalahan meminta, menerima atau menawarkan rasuah bagi faedah diri sendiri atau orang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kes rasuah
#pengangkutan awam
#Hishamuddin Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan