Skip to main content

Malaysia

Dua individu disyaki terbabit kes culik palsu direman dua minggu

Semalam, Kumar berkata wanita berusia 20-an itu ditahan selepas ditemukan “selamat” dalam serbuan Ops Scorpion di sebuah rumah di Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru. - Gambar fail/Astro AWANI
Semalam, Kumar berkata wanita berusia 20-an itu ditahan selepas ditemukan “selamat” dalam serbuan Ops Scorpion di sebuah rumah di Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru. - Gambar fail/Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dua individu termasuk wanita yang dipercayai memalsukan penculikannya bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM18,000 direman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata reman berkenaan diperoleh di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor, hari ini.

"Dua individu terbabit akan dibawa ke Sarawak bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Advertisement

Semalam, Kumar berkata wanita berusia 20-an itu ditahan selepas ditemukan “selamat” dalam serbuan Ops Scorpion di sebuah rumah di Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru pada 3.30 petang.

​Beliau berkata operasi itu digerakkan susulan laporan dibuat ibu wanita berkenaan berusia 43 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan, Sarawak, pada Jumaat yang mendakwa anak perempuannya diculik individu tidak dikenali.

Advertisement

Kumar berkata dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah selain merampas empat telefon bimbit.

Bagaimanapun, Kumar berkata siasatan awal mendapati naratif kejadian culik yang didakwa mangsa adalah meragukan, lantas membawa kepada penahanan wanita itu bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement