KAJANG: Dua individu maut setelah kereta dinaiki dirempuh sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek berdekatan persimpangan lampu isyarat Medan Masria di susur keluar Lebuhraya Grand Saga semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan kereta dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain di lokasi kejadian.
"Ketika kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Batu 9, Kajang.
"Lori yang dipandu seorang lelaki tempatan itu kemudiannya dipercayai mengalami masalah brek dan melanggar empat buah kenderaan sebelum terbabas ke lereng bukit berdekatan," katanya menerusi kenyataan semalam.
Katanya, mangsa yang maut melibatkan penumpang dan pemandu salah sebuah kenderaan yang dirempuh lori terbabit.
"Dua mangsa yang maut masing-masing merupakan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berumur 50 dan 60 tahun.
"Mangsa lelaki disahkan maut di tempat kejadian manakala mangsa wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital," katanya.
Menurutnya, tiga lagi pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bagaimanapun pemandu lori berkenaan disahkan mengalami cedera ringan.
"Pemandu lori berumur 40 tahun itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Mohd Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
"Info berkaitan kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Lori terlibat dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh empat kenderaan berdekatan persimpangan lampu isyarat Medan Masria di susur keluar Lebuhraya Grand Saga pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Dua individu maut dirempuh lori
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan kereta dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain di lokasi kejadian.