awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan

Bernama
Bernama
17/05/2024
14:40 MYT
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff. - Gambar fail/BERNAMA
TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof berkata depot terbabit iaitu di Kota Kinabalu, Papar, Tawau dan Sandakan masing-masing akan menerima RM12.5 juta yang membabitkan projek menaik taraf pagar untuk kawalan keselamatan.
"Naik taraf itu juga akan membabitkan semua blok tahanan bagi mewujudkan ruang untuk berehat sebagaimana standard hak asasi manusia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)... naik taraf ini akan dilakukan pada tahun ini yang akan dilaksana mengikut fasa.
"Kemungkinan juga kapasiti tahanan dikurangkan memandangkan blok penempatan turut terbabit dalam naik taraf itu... jika sebelum ini, kapasiti semua depot tahanan ini 7,200 orang mungkin sepanjang proses menaik taraf ini turun hingga 5,000 sahaja ," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata susulan itu, kerjasama dengan pihak kedutaan adalah diharapkan terutama Indonesia dan Filipina bagi menyegerakan pemindahan tahanan balik ke negara asal agar mereka tidak berdepan situasi blok sempit.
Terdahulu, Sh Sitti Saleha berkata enam warga China yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk melancong dengan bekerja di sebuah tapak pembinaan adalah antara 108 pendatang tanpa izin yang ditahan Imigresen Sabah dalam Ops Mahir serta Ops Kutip di Kunak dan Semporna hari ini.
"Operasi ini melibatkan 63 penguat kuasa yang telah memeriksa 1,200 individu di dua daerah itu dan 108 pendatang tanpa izin ditahan atas pelbagai kesalahan serta akan ditempatkan di depot tahanan di Tawau dan selepas hasil siasatan terhadap pekerja yang tiada dokumen, kita akan ambil tindakan kepada majikan terbabit," katanya.
Beliau juga berkata pihaknya mendapat makluman daripada Kedutaan Filipina bahawa terdapat perubahan format membabitkan sistem sehingga penghantaran pulang pendatang tanpa izin warganegara itu tertangguh buat masa ini.
Pada ketika ini, katanya terdapat seramai 4,608 tahanan di Depot Tahanan Imigresen Sabah iaitu masing-masing 3,808 warga Filipina, 741 warga Indonesia, lapan warga China, 21 warga Pakistan, 19 warga Vietnam dan tiada negara (11).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen Sabah
#peruntukan
#naik taraf depot tahanan
#Sh Sitti Saleha Habib Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan