KAJANG: Dua individu maut setelah kereta dinaiki dirempuh sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek berdekatan persimpangan lampu isyarat Medan Masria di susur keluar Lebuhraya Grand Saga semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan kereta dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain di lokasi kejadian.
"Ketika kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Batu 9, Kajang.
"Lori yang dipandu seorang lelaki tempatan itu kemudiannya dipercayai mengalami masalah brek dan melanggar empat buah kenderaan sebelum terbabas ke lereng bukit berdekatan," katanya menerusi kenyataan semalam.
Katanya, mangsa yang maut melibatkan penumpang dan pemandu salah sebuah kenderaan yang dirempuh lori terbabit.
"Dua mangsa yang maut masing-masing merupakan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berumur 50 dan 60 tahun.
"Mangsa lelaki disahkan maut di tempat kejadian manakala mangsa wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital," katanya.
Menurutnya, tiga lagi pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bagaimanapun pemandu lori berkenaan disahkan mengalami cedera ringan.
"Pemandu lori berumur 40 tahun itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Mohd Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
"Info berkaitan kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Lori terlibat dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh empat kenderaan berdekatan persimpangan lampu isyarat Medan Masria di susur keluar Lebuhraya Grand Saga pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Kerajaan setuju LTSIP dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM
Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menambah 400 meter lagi landasan di LTSIP untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa.
10 Berita Pilihan - (02 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua individu maut dirempuh lori
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan kereta dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain di lokasi kejadian.