ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.


1. Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS

Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan yang melawat tapak perkhemahan yang didirikan pelajar universiti berkenaan, lapor Agensi Anadolu.



2. Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas, lapor Agensi Anadolu (AA).


3. Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar

Malaysia akan menggunakan hubungan baik dengan semua negara untuk bersama-sama membantu menghentikan penindasan rejim Isarel ke atas penduduk di Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


4. PM Singapura mahu warga bersatu, kekalkan kestabilan politik dalam ucapan terakhir

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, dalam ucapan terakhirnya di republik itu sebelum melepaskan jawatan hujung bulan ini, menyeru rakyat Singapura supaya terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju Singapura ke hadapan.


5. Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.


6. Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29

Azerbajian, tuan rumah Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) pada tahun ini, menasihatkan wakil dari 110 negara supaya mengelak menuding jari kepada siapa pencemar utama, sebaliknya memberi tumpuan kepada tindakan iklim kolaboratif.


7. Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.


8. Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India

Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.


9. Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI

Selepas mengumumkan pelaburan AS$1.7 bilion di Indonesia, serta pembukaan pusat data serantau pertama Thailand, demi mengukuhkan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) di Asia Tenggara minggu ini, Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella tiba pula di Malaysia.


10. Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang

Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.