awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua jadi mangsa penipuan Macau Scam dan Parcel Scam

Bernama
Bernama
13/10/2018
09:07 MYT
Dua jadi mangsa penipuan Macau Scam dan Parcel Scam
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah menjadi mangsa sindiket seumpamanya. - Reuters/Gambar hiasan
Polis menerima dua laporan berkaitan penipuan 'Macau Scam' semalam, membabitkan seorang mangsa tertipu, manakala seorang lagi berjaya mengelak daripada ditipu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak Supt Mustafa Kamal berkata mangsa yang tertipu ialah seorang pesara Pos Malaysia berusia 64 tahun dan berasal dari Kuching, yang kerugian RM2,998.74.
Menurut Mustapha mangsa menerima panggilan telefon daripada nombor talian 03-92125972 semalam, daripada individu yang mengaku dirinya pegawai sebuah bank bernama Khoo, lalu memberitahu kononnya kad Visa mangsa telah digunakan di sebuah bank lain di Puchong, Selangor, menyebabkan mangsa kononnya kehilangan wang sebanyak RM6,000.
"Suspek kemudian meminta mangsa datang ke sebuah bank di Saradise, BDC, Kuching dan mengarah mangsa menukar nombor pin kad banknya, arahan yang dipatuhi oleh mangsa," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Setelah mangsa membuat semakan barulah dia menyedari suspek telah membuat pemindahan wang daripada akaun mangsa ke akaun suspek membabitkan wang sebanyak RM2,998.74.
Mangsa yang berjaya mengelak dirinya ditipu ialah seorang lelaki Iban berusia 24 tahun dan berasal dari Bintulu, kata Mustapha.
Sementara itu, seorang wanita berusia 27 tahun yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Sibu melaporkan kepada polis bahawa dia kerugian RM5,000 dalam kes Parcel Scam semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#jenayah
#Kuching
#Macau Scam
#mangsa
#parcel scam
#siasatan
#suspek
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan