awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kelindan maut, pemandu cedera lori muatan baja terbabas

Bernama
Bernama
19/05/2025
12:45 MYT
Dua kelindan maut, pemandu cedera lori muatan baja terbabas
Dua kelindan maut manakala pemandu lori muatan baja cedera selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 16, Lebuhraya Pan Borneo, laluan Bintulu-Miri hari ini. - Foto Sinar Harian
BINTULU: Dua kelindan maut manakala pemandu lori muatan baja cedera selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 16, Lebuhraya Pan Borneo, laluan Bintulu-Miri hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.04 pagi.
Beliau berkata kedua-dua kelindan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana tersepit di tempat duduk dan seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai Christon Naim, 31, manakala identiti dua lagi mangsa nahas itu belum diperoleh.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori terbabas ke tepi jalan," katanya semasa dihubungi di sini.
Jurucakap itu berkata pemandu lori berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan.
Operasi melibatkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu manakala mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelindan
#lori muatan baja
#terbabas
#Lebuhraya Pan Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan