KOTA BHARU: Sebanyak dua kematian direkodkan akibat denggi sehingga minggu epidemik ke 23 (5 hingga 11 Jun) di Kelantan pada tahun ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, berbanding tahun lalu, tiada kematian direkodkan akibat denggi.
Beliau berkata, kumulatif kejadian kes denggi di Kelantan sehingga 11 Jun tahun ini mencatatkan 197 kes berbanding 101 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 96 kes atau 95.05 peratus.
"Pada tahun ini juga terdapat 10 episod wabak denggi dilaporkan di Kelantan berbanding lima episod wabak denggi bagi tempoh yang sama 2021.
"Pada masa ini terdapat lima wabak denggi aktif di seluruh negeri Kelantan iaitu di Badang, Kota dan Panji di Kota Bharu dan di Taman Sri Mahang serta Bukit China 2 di Ketereh," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Zaini berkata, daripada 94,867 premis dan rumah kediaman yang diperiksa sebanyak 2,967 premis dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.
Sehubungan itu, katanya, JKNK telah mengeluarkan sebanyak 461 kompaun yang dicadang dengan nilai RM230,500 mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.
"Jika rumah kediaman seseorang itu berada di kawasan wabak denggi dan hasil pemeriksaan menjumpai pembiakan nyamuk aedes maka kompaun (saman) maksimum sebanyak RM500 akan dikeluarkan tanpa sebarang rayuan pengurangan," katanya.
Menurutnya, dalam tempoh sama sebanyak 36 Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan aedes. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Sebanyak dua kematian direkodkan akibat denggi sehingga minggu epidemik ke 23 (5 hingga 11 Jun) di Kelantan pada tahun ini. - Gambar hiasan
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya.
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
7,254 kes demam denggi, 12 kematian direkodkan di Pulau Pinang
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari hingga 23 Disember adalah sebanyak 7,254 kes dengan 12 kematian dicatatkan.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Denggi: Pulau Pinang rekod sembilan kematian setakat 20 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu sebanyak sembilan kematian membabitkan kes demam denggi di negeri itu direkodkan setakat 20 Nov lepas.
Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian
Dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 dijangkiti penyakit itu bulan lalu.
Kes denggi di P. Pinang meningkat
Sebanyak 122 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Pulau Pinang pada Minggu Epidemiologi ke-45 (ME45) bagi tempoh 5 hingga 11 Nov lepas.
Faktor cuaca antara punca denggi meningkat di Kelantan
Faktor cuaca didapati antara punca berlaku peningkatan kes demam denggi di Kelantan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.