awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum penubuhan ‘Lembaga Keamanan’ untuk Gaza
Tiga PPS masih aktif, jumlah mangsa menurun di Sarawak
Presiden Abbas harap 2026 bawa kemajuan penyelesaian konflik Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kes Omicron mula direkod di Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2021
06:46 MYT
Dua kes Omicron mula direkod di Pulau Pinang
Kon Yeow turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan SOP sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti COVID-19. - Foto: Buletin Mutiara
GEORGE TOWN: Pulau Pinang merekodkan dua kes Omicron terawal dari jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memaklumkan, kes berkenaan dikesan semalam selepas jemaah umrah itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Pesakit dijangkiti varian itu selepas kembali dari menunaikan umrah dan kedua-dua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi.
“Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat,” katanya hari ini.
Sementara itu, Kon Yeow turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti COVID-19.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan, sebanyak 49 kes baharu varian Omicron dikesan di negara ini sehingga Jumaat lepas.
Beliau dilaporkan berkata, 30 kes varian Omicron adalah melibatkan warganegara Malaysia yang tiba dari Arab Saudi bermula 13 hingga 17 Dis lalu, manakala kes selebihnya adalah ketibaan dari luar negara membabitkan United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat, Nigeria, Turki, Itali, Ghana dan Emiriah Arab Bersatu.
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#COVID-19
#Omicron
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan