KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki diserang ubur-ubur dalam kejadian berasingan di Pantai Bukit Keluang dekat Besut, Selasa lepas.
Kanak-kanak berusia lapan tahun dari Pasir Mas, Kelantan itu disengat pada 2.25 petang manakala lelaki berusia 32 tahun dari Johor pula mengalami nasib sama empat jam kemudian.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata kedua-dua mangsa menunjukkan simptom kemerahan pada kulit yang terkena sengatan dan menerima rawatan awal daripada penyelamat pantai APM yang sedang bertugas di lokasi kejadian.
"Kanak-kanak perempuan itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dibenarkan pulang untuk rawatan susulan di rumah.
"Lelaki berkenaan terpaksa dihantar ke Hospital Besut selepas mengalami sesak nafas akibat sengatan tersebut.
"Ini adalah kejadian pertama serangan ubur-ubur yang dilaporkan di Terengganu pada tahun ini, saya berharap pengunjung pantai akan lebih berwaspada ketika melakukan aktiviti di air," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.
Beliau berkata APM akan mempertingkat pemantauan di sekitar kawasan pantai Bukit Keluang dan berharap orang ramai segera membuat laporan sekiranya terjumpa ubur-ubur bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki diserang ubur-ubur dalam kejadian berasingan di Pantai Bukit Keluang dekat Besut, Selasa lepas. -Facebook APM Daerah Besut
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Dua kes serangan ubur-ubur dilaporkan di Besut
Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki diserang ubur-ubur dalam kejadian berasingan di Pantai Bukit Keluang dekat Besut, Selasa lepas.