Komander Operasi yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba l, Mohd Tilmizi Mustapha berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kilang ini pada jam 9.18 malam.
Katanya 32 anggota dan empat jentera Fire Rescue Team (FRT) serta dua buah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, BBP Tebrau, BBP Johor Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan dua buah kilang iaitu kilang membuat lilin dan kilang memproses air mineral.
“Kebakaran melibatkan dua buah bangunan kilang berkeluasan setiap satu 70 kaki x 200 kaki dan kedua-dua kilang musnah hampir 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd Tilmizi, bomba bertindak mengawal kebakaran di kedua-dua kilang tersebut bagi memastikan api tidak terus merebak ke bangunan berhampiran dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 12.07 tengah malam.
“Kebakaran berjaya dikawal dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Beliau memberitahu, operasi memadamkan kebakaran masih lagi diteruskan bagi memadamkan sisa api.