awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi mayat gempa bumi Ranau dijangka dituntut hari ini

Bernama
Bernama
10/06/2015
00:17 MYT
Dua lagi mayat gempa bumi Ranau dijangka dituntut hari ini
Kesemua 14 mayat yang telah dibedah siasat mengalami blunt trauma (trauma majal) berikutan hentakan kuat pada bahagian kepala dan tindihan batu pada anggota badan. - Gambar fail
Keluarga kepada dua lagi mangsa gempa bumi di Ranau Jumaat lepas dijangka tiba di Sabah hari ini bagi proses pengecaman dan menuntut mayat, kata Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Heric Corray.
Beliau berkata anggota keluarga boleh menuntut mayat selewat-lewatnya pada pukul 3 petang hari ini selepas selesai proses bedah siasat dan dokumentasi di hospital itu.
Mangsa dikenal pasti sebagai warganegara Jepun dan China berdasarkan pasport yang diserahkan kepada pihak hospital, katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau berkata setakat ini, 14 daripada 16 mayat yang diserahkan kepada pihak hospital telahpun dituntut keluarga masing-masing termasuk tujuh warga Singapura serta seorang warganegara Filipina yang menjadi penduduk tetap di Singapura.
Kesemua 14 mayat yang telah dibedah siasat mengalami blunt trauma (trauma majal) berikutan hentakan kuat pada bahagian kepala dan tindihan batu pada anggota badan, katanya.
Setakat kelmarin, jenazah Muhammad Loqman Abdul Karim, 22, dari Melaka merupakan mayat terakhir dituntut oleh keluarganya.
Kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada Jumaat lalu telah mengorbankan 16 orang dan dua lagi masih hilang di Gunung Kinabalu semasa tragedi itu berlaku.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#mangsa
#Ranau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan