NATIONAL
Dua lagi pening dan muntah-muntah lepas pekena kopi 'durjana' ditemui di tong sampah

Berdasarkan soal siasat polis, mangsa mendakwa mengalami pening dan muntah-muntah setelah beberapa minit meminum minuman tersebut sebelum dikejarkan ke hospital. - Gambar hiasan
Dua lelaki menjadi mangsa terbaru kopi pracampuran yang diakwa dicampur dadah selepas meminum minuman itu yang ditemui di dalam tong sampah.
Ketua Polis Daerah Timur laut, Asisten Suprintendan Anuar Omar berkata, kedua- dua lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendakwa mengalami pening dan muntah-muntah selepas meminum kopi jenama pracampuran terbabit.
Katanya, mangsa seorang warga Bangladesh telah menerima rawatan pada Khamis lalu manakala seorang lagi warga tempatan dimasukkan ke HPP kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
Anuar berkata, berdasarkan soal siasat, mangsa mendakwa mengalami pening dan muntah-muntah setelah beberapa minit meminum minuman tersebut sebelum dikejarkan ke hospital.
Katanya, minuman itu diberikan oleh rakannya seorang warga Bangladesh yang menemui bungkusan kopi berkenaan ketika menjalankan kerja-kerja memungut sampah.
Sehubungan itu, polis mengarahkan majikan kepada kedua-dua pekerja terbabit supaya menyerahkan kopi tersebut untuk siasatan.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, kopi yang diminum kedua-dua mangsa terbaharu itu adalah daripada jenama sama dengan kopi yang diminum lima mangsa sebelum ini namun berbeza perisa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami