awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki bersenjatakan pistol samun kenderaan pacuan empat roda diburu

Bernama
Bernama
18/01/2018
09:57 MYT
Dua lelaki bersenjatakan pistol samun kenderaan pacuan empat roda diburu
Polis telah meminta kerjasama agensi penguat kuasa di sempadan Malaysia-Thailand untuk memastikan kedua-dua suspek terbabit tidak lolos ke negara jiran. - Gambar hiasan
Polis sedang memburu dua lelaki tempatan berusia 30 tahun disyaki terlibat dalam kes samun kenderaan menggunakan senjata api di daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Muhammad berkata kejadian samun kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu berlaku pada 8.20 malam di Taman Yap Boon Yang di sini.
"Ketika kejadian, mangsa seorang wanita berusia 38 tahun bersama anak lelaki, 13 tahun dan seorang pekerja 22 tahun singgah di kedai milik mangsa apabila tiba-tiba didatangi dua suspek tersebut mengacukan pistol ke arah mangsa dan meminta kunci kenderaannya.
"Kerana ketakutan dan bimbang keselamatan nyawa, mangsa segera menyerahkan kunci kenderaannya itu kepada suspek yang turut merampas telefon bimbit mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini, hari ini.
Suzaimi berkata seorang suspek memandu kenderaan milik mangsa manakala seorang lagi suspek melarikan diri menggunakan kereta lain.
Katanya polis telah meminta kerjasama agensi penguat kuasa di sempadan Malaysia-Thailand untuk memastikan kedua-dua suspek terbabit tidak lolos ke negara jiran, selain menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana kedua-dua suspek dipercayai masih berada di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan
#pacuan empat roda
#pistol
#polis
#samun
#sempadan
#senjata api
#suspek
#Suzaimi Muhammad
#Tanah Merah
#Thailand
#Toyota Hilux
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan