awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki disyaki bantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen ditahan

Bernama
Bernama
04/04/2024
07:30 MYT
Dua lelaki disyaki bantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam membantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen menerusi Op Vulture di Kota Bharu. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam membantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen menerusi Op Vulture di sekitar bandar ini, pada Selasa lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kedua-dua lelaki itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Jalan Kelocor dan Jalan Long Yunus Tanjung Chat, di sini pada 10 pagi dan 4 petang.
Beliau berkata polis menerusi risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menahan sebuah kereta Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 39 tahun dalam keadaan mencurigakan di hadapan sekolah itu.
"Hasil pemeriksaan sebuah telefon bimbit jenis Huawei Mate 30 Pro warna hitam dan sekeping kad sim Maxis dirampas kerana disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan pinjaman wang tanpa lesen," katanya.
Muhamad Zaki berkata susulan daripada tangkapan pertama, polis menahan seorang lagi suspek berusia 28 tahun dan merampas sebuah kereta Nissan Sentra warna hitam di Jalan Long Yunus Tanjung Chat serta sebuah telefon bimbit dan satu keping kad sim Maxis.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen sejak 2019 melibatkan mangsa di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas, di sini.
Menurutnya kes itu disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pinjaman wang tanpa lesen
#Op Vulture
#Kota Bharu
#dua lelaki tempatan ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan