awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siklon tropika Nokaen tingkatkan risiko lahar berhampiran Gunung Berapi Mayon
DBKL laksana Projek Mitigasi Banjir Kilat Jangka Sederhana sekitar Padang Merbok
Dua daripada lima pekerja muda UK ambil cuti akibat lesu upaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan terlibat tangkap, bunuh penyu

Bernama
Bernama
14/01/2018
05:06 MYT
Dua lelaki ditahan terlibat tangkap, bunuh penyu
Dua lelaki Pala'u (Bajau Laut) berusia 15 dan 35 itu ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti menangkap, membunuh penyu di perairan Pulau Kerindingan, Semporna. - Gambar Hiasan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menahan dua lelaki kerana disyaki terbabit dengan aktiviti menangkap serta membunuh penyu di perairan Pulau Kerindingan dekat sini, awal pagi tadi.
Dua lelaki Pala'u (Bajau Laut) berusia 15 dan 35 itu ditahan dalam operasi pada kira-kira 1.30 pagi.
Pengarah Maritim Pangkalan Semporna, Leftenan Komander (Maritim) Amiludin Yenggah berkata, tindakan diambil hasil risikan dan maklumat.
"Kedua-dua lelaki itu tiada pengenalan diri yang sah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan empat potongan cengkerang penyu berserta peralatan memburu penyu di dalam bot pam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa berusaha mengekang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Pangkalan Maritim Semporna dengan menghubungj talian 089-782619.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#bajau laut
#Bunuh penyu
#Leftenan Komander Maritim Amiludin Yenggah
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan