PORT DICKSON: Hasil kecekapan polis, dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian ragut di hadapan sebuah pasar raya di daerah ini pada Isnin lalu berjaya ditahan sehari selepas insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 26 dan 28 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sebuah premis di Uptown Avenue Seremban 2 dan di sebuah rumah di Kampung Pachitan, Chuah di sini pada Selasa.
Menurutnya, dalam kejadian ragut terbabit, suspek telah meragut beg tangan mangsa wanita berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.
"Ketika kejadian, mangsa yang sedang berjalan dengan anak perempuannya telah didatangi oleh seorang suspek menunggang sebuah skuter berwarna merah dengan nombor pendaftaran tidak pasti.
"Suspek telah meragut beg tangan mangsa yang mengandungi kad pengenalan pengadu, kad bank, surat pajak, wang tunai RM50 dan sebuah telefon bimbit jenama Oppo A16," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Antara barangan dirampas polis daripada suspek termasuk beg tangan dipercayai milik mangsa ragut.
Bagaimanapun katanya, dalam kejadian itu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, katanya, dalam serbuan dilakukan, polis telah merampas dua buah motosikal jenis skuter Scomadi dan Yamaha 135 LC yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian ragut terbabit.
"Selain itu turut dirampas beg tangan mangsa yang diragut.
"Suspek kini telah direman empat hari bermula Rabu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat jika didapati bersalah," katanya.
Aidi Sham berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek utama berusia 28 tahun mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 20 2022
Skuter dipercayai digunakan suspek dalam kejadian ragut pada Isnin lalu. -Foto Sinar Harian
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita
Ketika kejadian, mangsa yang sedang berjalan dengan anak perempuannya telah didatangi seorang suspek menunggang sebuah skuter berwarna merah.