awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
IHP Malaysia turun 1.8 peratus pada November 2025 - Jabatan Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki menyamar polis, samun dan curi motosikal warga asing

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/01/2021
10:52 MYT
Dua lelaki menyamar polis, samun dan curi motosikal warga asing
Noorzainy (tiga dari kiri) dan para pegawainya menunjukkan motosikal mangsa yang dicuri suspek. - Foto: PDRM
KEPALA BATAS:Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu.
Kedua-dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.
Penahanan kedua-dua suspek dibuat susulan laporan polis yang dibuat seorang lelaki warga Myanmar selepas motosikalnya dilarikan mereka.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari Selasa, mangsa yang sedang makan di tepi sawah di Padang Tembusu telah disamun lelaki tersebut.
Noorzainy berkata, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota polis berjaya menahan kedua-dua suspek ketika menunggang motosikal itu.
Hasil siasatan awal, suspek mengaku melakukan samun serta curi motosikal dengan menyasarkan warga asing sebagai mangsa.
"Sasaran mangsa kebanyakannya adalah warga asing. Mereka (suspek) membuat pemeriksaan kepada warga asing seterusnya samun barang-barang daripada mangsa. Bagi kes ini, dia curi motosikal dan empat kes sebelum ini suspek samun wang tunai (daripada warga asing," ujar beliau.
Menurut Noorzainy, pihaknya percaya dengan penahanan suspek sekurang-kurangnya lima kes samun dan curi motosikal berjaya diselesaikan, semuanya yang melibatkan suspek menyamar sebagai anggota polis.
Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 379A Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#samun
#curi motosikal
#menyamar polis
#jenayah
#polis
#PDRM
#Seberang Perai Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan