awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki Orang Asli maut, kemalangan motosikal, MPV

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/07/2022
07:45 MYT
Dua lelaki Orang Asli maut, kemalangan motosikal, MPV
Kemalangan turut menyebabkan pemandu dan tiga penumpang MPV cedera.- Foto JBPM
IPOH: Dua lelaki Orang Asli maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.
Mangsa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak disahkan meninggal di lokasi kejadian selepas dikatakan tercampak ke dalam semak.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 10.46 pagi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan pertembungan di arah bertentangan mengakibatkan dua mangsa daripada motosikal tercampak ke dalam semak,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kemalangan turut menyebabkan pemandu dan tiga penumpang MPV cedera.
Menurut jurucakap itu lagi, dua mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahrizal Khasim tamat jam 11.50 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Orang Asli
#Cameron Highlands
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan