awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dan satu parah, teksi bertembung dengan kereta

Bernama
Bernama
30/03/2013
04:36 MYT
Dua maut dan satu parah, teksi bertembung dengan kereta
Seorang pemandu teksi dan penumpangnya seorang wanita Filipina maut selepas teksi itu bertembung dengan sebuah kereta berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek di Jalan Tun Perak di sini pagi tadi.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata nahas berlaku pada pukul 4.20 pagi apabila kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Jalan Raja Chulan menuju Dataran Merdeka terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan teksi tersebut.
"Pemandu teksi R.Sivaraman, 35, mati selepas tersepit di dalam teksinya manakala penumpangnya yang dikenali sebagai Mechelle Perona, 25, mati akibat tercampak keluar dari teksi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Rusli berkata seorang lagi penumpang teksi iaitu warga Nigeria yang dikenali sebagai Jaeson, 34, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau berkata pemandu kereta tersebut seorang lelaki berumur 27 tahun dipercayai melarikan diri sejurus kemalangan namun identitinya telah dikenal pasti.
.
Topic Berkaitan
#dua maut
#Filipina
#Jalan Tun Perak
#kereta
#Nigeria
#parah
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan