Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah pada petang Isnin.
Dalam insiden sekitar jam lima petang itu, perlanggaran kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua Myvi menyebabkan dua wanita maut di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Pegawai Bomba Kanan II Hisham Md Nor berkata pihaknya menerima maklumat jam 5.09 petang dan pasukannya segera dikerah ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan itu telah menyebabkan dua orang mangsa maut di lokasi kejadian dan ia disahkan oleh pegawai perubatan.
“Mangsa yang lain pula telah dibawa ke hospital oleh pihak ambulans; tiada mangsa yang tersepit,” katanya lagi.
Katanya, anggota turut membuat pemantauan di lokasi kejadian dan melakukan pembersihan serpihan kaca di lokasi sehingga selesai sepenuhnya.
Operasi tamat pada jam 6.11 petang.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Apr 23 2018
Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah pada petang Isnin. -Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiga termasuk dua beranak maut dalam kemalangan di Pontian
Mangsa, Muhamad Shah Rizal Jamaludin, bapanya, Jamaludin Abd Wahab, serta Muhamad Nor Azlan Roz, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Tiga maut, kemalangan dua kenderaan di Kluang
Tiga lelaki maut selepas Proton Wira yang dinaiki hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah van di kilometer (KM) 15, Jalan Kluang - Teck Wah Hing, petang tadi.
Dua maut, satu parah kemalangan babitkan dua kenderaan
Dua maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di jalan Teluk Intan-Kampung Gajah pada petang Isnin.