awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
26/02/2020
13:50 MYT
Dua maut tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan
Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, mangsa maut akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala. - Foto ihsan polis
Dua maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mereka dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Batu Jong KM 63.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang kereta jenis Honda Civic iaitu Muhamad Habib Mohamad Zain, 25, dan Muhamad Syafiq Fitri Hamadi, 20, berikutan kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, siasatan awal mendapati, lori tanpa muatan yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dari arah Pasir Puteh sedang menuju ke Cameron Highland.
"Ketika sampai di lokasi kejadian, kereta jenis Honda Civic yang dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan berlanggar secara berhadapan.
"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta jenis Honda Civic meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang lori mengalami kecederaan di bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan selain sampel darah kedua-dua pemandu lori dan kereta turut diambil.
"Saringan awal kencing yang dilakukan ke atas pemandu lori didapati negatif," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu akan dijalankan.
Topic Berkaitan
#Batu Jong
#Cameron Highland
#Honda Civic
#Jalan Kota Bharu-Gua Musang
#kemalangan
#Muhamad Habib Mohamad Zain
#Muhamad Syafiq Fitri Hamadi
#tercampak keluar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan