Seorang wanita warga asing dan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Sinaran, di sini, pada awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa berkata,wanita berusia sekitar 50-an dan anaknya berusia 12 tahun itu dipercayai lemas setelah terhidu asap ketika berada di bahagian bawah rumah itu yang sedang terbakar.
Katanya, kedua-dua mangsa yang masih belum diketahui identitinya dipercayai cuba keluar dari rumah tersebut namun gagal kerana pintu berkunci dalam insiden kira-kira jam 3.30 pagi itu.
Menurut Ismail, saksi kejadian memberitahu dia terdengar jeritan kedua-dua mangsa meminta tolong dan ternampak mereka cuba keluar dari rumah itu.
"Pada waktu itu, asap tebal sudah mula memenuhi kawasan rumah. Saksi kemudiannya tidak lagi nampak kelibat mangsa dan dipercayai mereka naik ke tingkat atas.
"Saksi kemudiannya cuba memecahkan tingkap rumah untuk menyelamatkan mangsa namun bahang api yang kuat membuatkan jiran lain tidak dapat memasuki rumah itu," katanya kepada pemberita.
Ujar Ismail, kedua-dua mangsa ditemui dalam sebuah bilik di tingkat atas dan fizikal mayat sempurna namun ada sedikit perubahan warna kulit.
"Seorang mangsa ditemui di hadapan pintu bilik manakala seorang lagi mangsa berada di tepi tingkap.
"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan polis masih menunggu laporan penuh untuk mengetahui punca kebakaran dalam insiden ini," katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Jun 15 2017
Kedua-dua mangsa ditemui dalam sebuah bilik di tingkat atas dan fizikal mayat sempurna namun ada sedikit perubahan warna kulit. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rawi sudah pulang ke rumah
Keadaannya stabil dan tiada kecederaan namun pihak kesihatan Pos Kemar akan merujuk kanak-kanak itu ke Hospital Gerik untuk pemeriksaan lanjut.
Remaja maut, MPV terhumban dalam gaung
Dalam kejadian petang semalam, mangsa Syahmi Norazizan, 13 tahun, yang duduk di bahagian belakang, parah di kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.
Anggota polis maut langgar babi di Gerik
Seorang anggota polis maut akibat melanggar seekor babi di Kilometer 50.3 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dekat Padang Grus, Lenggong, malam tadi. K
Penuntut ILP maut, kereta bertembung MPV
Dalam kejadian kira-kira 5.40 petang itu, Muhammad Haziq Afnan Fazli, 20 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
Pesara polis, cucu maut nahas kereta dan treler
Dalam kejadian sekitar jam 12.20 malam itu, Fahrin Haris Abdullah, 5 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Bayi setahun maut kemalangan di Gerik
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu membabitkan kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza dan sebuah Perodua Myvi.
Penoreh getah maut terjunam cerun
Kenderaan yang dipandu Mohamad Hassan Abdul Rashid, 56 tahun, dipercayai terbabas menjunam ke dalam cerun sedalam 27 meter.
Padah dekati sekumpulan gajah, warga emas dipijak hingga cedera parah
Dalam kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu, M. Paramanazan, 69, yang berasal dari Sungai Siput itu mengalami patah tangan kiri, patah tulang rusuk kiri, luka di lengan kanan dan disyaki patah leher.
Pelajar MRSM lemas di Lata Kulim
Mayat Muhammad Afiq Ishak, 14, yang berasal dari Felda Papulut, Lenggong, ditemui pada 2.15 tengah hari di dasar air terjun sedalam tiga meter oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Hilang empat hari, ahli keluarga pasrah jumpa mayat
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak empat hari lepas berakhir dengan kekecewaan apabila mayatnya berhampiran Kilometer 27, Fasa II Jalan Raya Timur Barat Gerik-Kupang pada petang Selasa.