Polis menyatakan terdapat dua mayat bayi di dalam plastik berwarna hitam yang dijumpai di atas jambatan berhampiran Jalan Parang, Pelabuhan Klang Utara, dekat sini pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata penemuan wujudnya dua mayat bayi di dalam dua beg plastik berwarna hitam itu adalah hasil bedah siasat pakar perubatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, hari ini.
"Kedua-dua mayat bayi itu dibaluti kertas surat khabar dan dimasukkan dalam dua plastik hitam. Mayat pertama, berjantina perempuan, dianggar berusia tujuh bulan di dalam kandungan manakala mayat kedua kemungkinan besar lelaki, lima bulan di dalam kandungan.
"Semasa polis menemui plastik hitam itu, dilihat hanya terdapat satu mayat dan satu plastik lagi dianggap urinya kerana mayat bayi lelaki itu terlalu kecil dan tidak cukup sifat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mayat bayi itu dijumpai seorang pekerja juruukur jalan ketika sedang membuat kerja penyelenggaraan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi.
Beliau berkata laporan bedah siasat menunjukkan kedua-dua mayat bayi itu tidak mempunyai kecacatan fizikal atau sebarang kecederaan nyata namun ia telah mula mereput.
Menurut Mohd Yusoff, hasil pereputan menyebabkan terdapat lubang pada bahagian dada dan paha kiri mayat bayi perempuan manakala mayat bayi lelaki berkenaan pula menampakkan tengkorak dan bahagian dalam lehernya.
Katanya organ dalaman pada mayat kedua-dua bayi itu turut reput namun terdapat lubang pada jantung mayat bayi perempuan manakala jantung pada mayat bayi lelaki tersebut terlalu kecil dan reput sehingga pemeriksaan lanjut tidak dapat dijalankan.
"Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat, lubang pada jantung mayat bayi perempuan itu adalah normal bagi usia tumbesaran bayi di dalam kandungan," katanya.
Beliau berkata punca kematian kedua-dua bayi itu tidak dapat dipastikan kerana pereputan namun mayat bayi perempuan dianggar mati seminggu sebelum bedah siasat dijalankan disebabkan tali pusatnya telah kering.
Katanya mayat bayi lelaki itu pula masih terdapat uri bersamanya ketika ditemui dan bangsa kedua-dua mayat itu tidak dapat dikenal pasti.
Mohd Yusoff berkata polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut kes berkenaan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
MOHD YUSOFF: Semasa polis menemui plastik hitam itu, dilihat hanya terdapat satu mayat dan satu plastik lagi dianggap urinya kerana mayat bayi lelaki itu terlalu kecil dan tidak cukup sifat. - Gambar fail
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Dua mayat bayi di dalam plastik hitam yang ditemukan di Pelabuhan Klang Utara
Penemuan wujudnya dua mayat bayi di dalam dua beg plastik berwarna hitam itu adalah hasil bedah siasat pakar perubatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, hari ini.