awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua motosikal bertembung, tiga maut dalam kemalangan di Bachok

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
30/12/2015
03:40 MYT
Dua motosikal bertembung, tiga maut dalam kemalangan di Bachok
kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggangi Nik Hanzallah cuba memotong sebuah kenderaan, sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Mohd Syahrir. - Gambar hiasan
Tiga maut manakala dua lagi parah dalam satu kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Tok Burung, di Bachok, Kelantan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata kemalangan yang berlaku sekitar jam 10.30 malam.
Mangsa yang terbunuh adalah Nik Hanzallah Nik Hassan, 19, Mohd Shahrir Rajani, 14, dan Ahmad Isyraf Hazim Ismail, 5.
Mohd Shahrir dan Nik Hanzallah berasal dari Bachok manakala Ahmad Isyraf pula beralamat di Jalan Air Panas Tawau, Sabah.
Dua yang cedera parah adalah Lukman Hakim Abdul Manaf, 18, dan Syahwi Zarfan Sairi, 7.
Mereka kini di rawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Menurut Abdul Hamid, kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggangi Nik Hanzallah dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan, sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Mohd Syahrir.
Akibat pertembungan tersebut tiga mangsa maut di tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke HUSM untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang menpunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Bachok
#Hamid Che Ahmad
#Kelantan
#kemalangan
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan