awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan warga emas ditahan kerana jual diesel di sempadan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/08/2017
03:47 MYT
Dua nelayan warga emas ditahan kerana jual diesel di sempadan
Polis marin memeriksa bot nelayan yang dipercayai membawa diesel yang diseludup. - Foto Astro AWANI
Dua nelayan tempatan warga emas ditahan bersama dua bot milik mereka kerana dipercayai cuba menjual diesel bersubsidi ke negara jiran, Thailand di Sungai Geting, Tumpat.
Dua bot nelayan kelas A dan B itu ditahan bersama 2,300 liter diesel bersubsidi dalam operasi pensura, pada tengahari Khamis.
Menurut pegawai pemerintah markas operasi pasukan marin Pengkalan Kubor, ASP Ahmad Amri Abdul Rahman, diesel berkenaan dibeli dengan harga subsidi di jeti persatuan nelayan kawasan geting.
Namun kedua-dua nelayan masing-masing berusia 65 dan 73 tahun itu cuba menyeludup dan menjual ke negara jiran.
Mereka ditahan untuk siasatan lanjut manakala jumlah rampasan termasuk dua bot terbabit bernilai lebih RM118,000.
Kes disiasat mengikut akta kawalan bekalan 1961 dan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan untuk tindakan lanjut.
Harga seliter diesel bersubsidi untuk nelayan ialah 1.65 sen dan dipercayai dijual ke Thailand dengan harga 2.50 sen seliter.
Topic Berkaitan
#diesel
#negara jiran
#nelayan
#Sungai Geting
#Thailand
#Tumpat
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan