awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan warga Indonesia terselamat, bot terbalik di perairan Pulau Tengah

Bernama
Bernama
03/04/2025
10:00 MYT
Dua nelayan warga Indonesia terselamat, bot terbalik di perairan Pulau Tengah
Dua nelayan warga Indonesia terselamat selepas bot mereka terbalik dipukul ombak kuat di perairan Pulau Tengah, Pelabuhan Klang, semalam. - Foto Maritim Malaysia
SHAH ALAM: Dua nelayan warga Indonesia terselamat selepas bot mereka terbalik dipukul ombak kuat di perairan Pulau Tengah, Pelabuhan Klang, semalam.
Pengarah Maritim Malaysia Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata kejadian berlaku sekitar 9.19 pagi sebelum mangsa diselamatkan oleh kapal minyak ORKIM SAPPHIRE yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Beliau berkata operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada 9.30 pagi dengan aset laut dan udara digerakkan.
"Namun, setengah jam kemudian, pihaknya menerima maklumat bahawa kapal ORKIM SAPPHIRE telah menemui dan menyelamatkan kedua-dua mangsa.
"Mangsa, Admeral Chaniago, 51, dan Roy Tampa, 25, dipindahkan ke bot PENGAWAL 26 sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sekitar 5 petang dan kemudian diserahkan kepada Kedutaan Besar Republik Indonesia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Muhaimin turut menghargai tindakan pantas kru ORKIM SAPPHIRE yang berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan warga Indonesia
#bot terbalik
#Pulau Tengah
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan