SHAH ALAM:Dua pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima suapan bernilai RM25,000 dan RM150,000 berhubung pelantikan syarikat secara rundingan terus, berkaitan Perkhidmatan Sengaraan dan Khidmat Sokongan Sistem Peperangan Elektronik (PRISMA).
Kedua tertuduh, Kolonel Che Ahmad Idris, 54, dan Brigadier Jeneral Mohamed Feizol Anuar Ayob, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.
Mengikut pertuduhan, Che Ahmad yang juga Ketua Cawangan Peperangan Siber Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan (Kementah) didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah 4,500 Pound Sterling bersamaan RM25,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sendirian Berhad, Elias Jemadi Tajudin.
Suapan itu didorong sebagai upah melantik syarikat terbabit secara rundingan terus bagi perkhidmatan senggaraan untuk BSPP.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Komplek Induk Stride, Taman Bukit Mewah Fasa 9, Kajang pada 22 November 2019 dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Tertuduh kedua, Mohammed Feizol Anuar yang merupakan penasihat ketenteraan menteri pertahanan semasa kejadian didakwa atas dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima suapan RM150,000 daripada individu sama.
Ia sebagai dorongan bagi membantu menyerahkan Surat Niat untuk menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan untuk BSPP bertarikh 5 September 2018 dari Syarikat FEHM Entity kepada Menteri Pertahanan.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di sebuah kafe di Setia Alam, Shah Alam pada September tahun 2019 mengikut Seksyen 16 (a) (B) akta sama.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Nurdihana Rosdi menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kepada Che Ahmad manakala Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada Mohammed Feizol Anuar bagi kedua-dua pertuduhan.
Selain itu, mereka juga memohon mahkamah mengguna pakai syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali, seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.
Che Ahmad diwakil Peguam Gooi Soon Seng manakala Mohammed Feizol Anuar diwakili Peguam Asmadi Hussin.
Mahkamah membenarkan Che Ahmad dibebaskan dengan jaminan RM 15,000 dan Mohamed Feizol Anuar dengan jaminan RM 10,000 bagi kedua dua pertuduhan, masing-masing dengan seorang penjamin.
30 November depan ditetapkan bagi tarikh sebutan semula kes.
Fareez Azman
Wed Oct 28 2020
Suapan itu didorong sebagai upah melantik syarikat terbabit secara rundingan terus bagi perkhidmatan senggaraan untuk BSPP. - Gambar hiasan
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan garis lima fokus perkasa ATM
Kementerian Pertahanan menggariskan lima strategi tahun ini bagi memperkasakan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran.