awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja maut: Operasi di tapak pembinaan dihentikan serta merta

Bernama
Bernama
13/07/2018
21:00 MYT
Dua pekerja maut: Operasi di tapak pembinaan dihentikan serta merta
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam satu kenyataan berkata pihaknya memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam. - Gambar hiasan
Kerja-kerja di tapak pembinaan di Jalan Dewan Sultan Sulaiman di sini, dihentikan serta merta selepas kejadian yang mengakibatkan dua pekerja maut pada awal pagi Khamis.
Menurut Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan malam tadi, enam pekerja sedang menjalankan aktiviti kerja konkrit di tingkat 15 bangunan terbabit sebelum 'slab' konkrit dan struktur bentuk kerja runtuh dalam kejadian 2 pagi itu.
"Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.
Susulan kejadian itu, sepasukan pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan dan mengeluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta.
Sehingga 5 petang semalam, pihak majikan tidak membuat sebarang laporan kemalangan berhubung insiden tersebut.
Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati melanggar Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) serta Akta Kilang dan Jentera (1967).
"JKKP memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam.
"Adalah menjadi tanggungjawab majikan dan juga pekerja untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Kuala Lumpur
#Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
#JKKP
#kemalangan
#Kementerian Sumber Manusia
#kerja konkrit
#laporan
#majikan
#maut
#meninggal dunia
#notis pemberhentian kerja
#Pekerja
#siasatan
#slab konkrit
#tapak pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan