NATIONAL
Dua pekerja maut tertimbus runtuhan tanah

Kedua-dua mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit pada kedalaman 0.3 meter ketika sedang melakukan kerja pembinaan longkang. -JBPM Selangor
PETALING JAYA: Dua pekerja warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge, di sini, pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Dua pekerja warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge pada pagi Isnin.
- Mangsa pertama dikeluarkan pada jam 11.12 pagi dan mangsa kedua 23 minit kemudian, selepas panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.29 pagi.
- Kedua-dua mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit ketika melakukan kerja-kerja pembinaan longkang, dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
"Kejadian ini melibatkan dua mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit culvert u box dengan kedalaman 0.3 meter ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja pembinaan longkang," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Ahmad Mukhlis memberitahu, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami