MALAYSIA
Dua pelajar didakwa cederakan, kurung rakan di tandas sekolah

Dua pelajar perempuan didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung secara salah rakan mereka di tandas sekolah bulan lalu. -Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Dua remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung secara salah rakan mereka di tandas sekolah bulan lalu.
Ringkasan AI
- Dua pelajar Tingkatan Satu didakwa atas pertuduhan mencederakan dan mengurung rakan mereka di tandas sekolah pada 14 Julai lalu.
- Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan syarat tidak mengganggu mangsa.
- Mangsa ditemui oleh ibunya dalam keadaan tangan dan kaki diikat selepas gagal pulang dari sekolah.
Oleh yang demikian, kedua-dua remaja itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan sengaja mengurung mangsa sama secara salah pada masa dan tarikh yang sama.
Akibat perbuatan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Nor, memohon jaminan sebanyak RM4,000 namun peguam kedua-dua remaja, N Nagaratnam meminta agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan mereka masih bersekolah selain bekerjasama baik dengan pihak polis serta ibu bapa sebagai penjamin.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin serta syarat tidak mengganggu mangsa.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu ditemui dikurung dalam tandas sekolah dalam keadaan tangan dan kaki diikat.
Kejadian disedari ibu mangsa yang membuat pencarian setelah anaknya tidak muncul di pagar sekolah selepas tamat waktu persekolahan pada kira-kira jam 6.30 petang. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami