Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Dua pelajar didakwa cederakan pelajar lain dengan seterika

PARIT, 25 Sept - Dua pelajar lelaki sebuah maahad tahfiz di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lagi pelajar dengan seterika, 19 Sept lalu. Pelajar berusia 13 dan 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai. Majistret kemudian menetapkan jaminan RM500 setiap tertuduh dan menetapkan 27 Oktober untuk tarikh sebutan semula. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pelajar berusia 13 dan 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai. - Foto Bernama
Advertisement

PARIT: Dua pelajar lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lagi pelajar dengan seterika, 19 Sept lepas. 

Pelajar berusia 13 dan 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai. 

Mengikut pertuduhan dua pelajar berkenaan secara bersama pada 19 Sept pada 4 petang dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian ke atas seorang lagi pelajar berusia 13 tahun dengan menggunakan seterika di sebuah maahad tahfiz di sini. 

Mereka didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Jayasri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Nadrah Badarudin. 

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM500 setiap tertuduh dan menetapkan 27 Okt untuk tarikh sebutan semula kes. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement